Friday, April 27, 2012

Allah dimana-mana

Allah s.w.t berada dimana-mana saja. Jadi kepada korang-korang yang rasa "forever alone" itu, jangan la risau..
Let's checkidaut..........!!!

*
*
*
*
*

1. Kalimah Allah pada haiwan. 

ikan



 kijing (spesis kupang)

daging lembu



perut lembu

kucing


kambing

katak

burung

ayam

pasir semut


2. Kalimah Allah pada tumbuhan

pokok




buah-buahan






3. Kalimah Allah pada manusia




4. Kalimah Allah pada langit




5. Kalimah Allah pada ais



Subhanallah, Maha suci Allah...Allah itu maha kuasa dan mampu menunjukkan kuasanya dimana-mana sahaja dan sentiasa bersama kita semua. ;)
So, say no to forever alone !!! hohoho



Wassalam! >.<~
















Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Jumaat yang Indah..tapi......

Salam sejahtera =)

Jumaat yang indah tapi.......??? ha ala2 dialog drama gitu. Tapi aku bukan la pelakon drama 
atau drama queen ke hape. 

Sesungguhnya jumaat itu hari yang indah dan penghulu segala hari! Biasanya semua ahli keluarga aku ada kat rumah saat-saat gojes camni al maklumlah semua cuti kan. 

Dorang sume ada hal memasing, tinggal la aku terkontang kanting macam ranting dengan 
si Rayyan ni....=(




Si apam dan baby telah rela hati menyertai Seminar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) anjuran MAP Training and Consultancy Sdn Bhd bersama pengasasnya Dr. Tengku Asmadi di Marang, Terengganu! :) Nak beno join sekali tapi atas faktor umur menyebabjan aku x layak join. sob!!sob!!


Semoga budak 2orang ni berjaya memotivasikan diri dan menjadi pelajar cemerlang. Fighting!!


Si Ummi aka Beastwoman ni plak duk hostel. Tak balik plak minah ni minggu ni.
Baru nak bagi suprise baik punye kat die. rugi!



Si along pulak dah lepas ke Sabah sana. Makan angin katanya. Al maklumlah, kat semenanjung ni dah takde angin gamaknya :p haha



Si kakak plak cam bese la, die still belajar lagi kat Serdang. Sekarang tengah bersonok-sonok kat pesta buku PWTC. Kapan mahu pulang lagi dung.............:(



Ha tu jela yang, membuatkan aku rasa sunyi bebeno hari ni. Rayyan plak sakan menguap dari tadi, makna kata dah sampai masa untuk dia tido tengahari. *wing *wing!~ Ok,tatatu!


Wassalam! >.<~

















Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Mimpi Si Gadis...

Aisyah, isteri Nabi Muhammad adalah wanita yang amat taat kepada perintah Tuhan dan berpengetahuan 
tinggi dalam ilmu agama Islam. Beliau menjadi rujukan orang ramai bagi menyelesaikan 
pelbagai masalah terutamanya masalah hukum Fiqah wanita. Beliau juga banyak merekodkan perkataan-perkataan daripada suaminya, Nabi Muhammad. Aisyah pernah menceritakan kisah seorang gadis.




Pada suatu hari, seorang gadis yang bernama Jariah datang berjumpa Nabi Muhammad. Gadis itu kelihatan amat sedih sekali dan seakan-akan menahan sakit. Beliau berjalan perlahan-lahan sambil memegang tangan kanannya.

Sejurus tiba dihadapan Nabi Muhammad, gadis itu berkata, "Wahai Tuan Pesuruh Tuhan, tolonglah saya! Tangan saya terlalu sakit tidak tertahan rasanya. Tolonglah doakan kepada Tuhan supaya tangan saya kembali sembuh."




Nabi Muhammad mendengar rayuan gadis itu dengan penuh simpati. Nabi melihat tangan kanan gadis itu.
Tangan kanan gadis itu kehitam-hitaman seperti kesan terbakar.

"Wahai Jariah, mengapa tangan kamu hitam begini seperti terbakar?" tanya Nabi Muhammad inginkan kepastian. "Wahai Pesuruh Tuhan, sebenarnya malam tadi saya bermimpi. Selepas saya bangun dari tidur, saya dapati tangan kanan saya hitam terbakar begini," jawab gadis itu dengan sayu.

"Ceritakanlah mimpi kamu kepada saya,' pinta Nabi Muhammad.

Gadis itu sedih menahan sakit, lalu dia menceritakan mimpinya malam tadi.

"Begini, malam tadi saya bermimpi seolah-olah hari sudah kiamat. Bumi bergoncang kuat, gunung-ganang berterbangan. Saya melihat api  neraka Jahim keluar panas meluap-luap.
 Pintu-pintu syurga pula terbuka luas. Semasa api neraka keluar meluap-luap, 
saya rasa mahu pengsan kerana terlalu takut. Saya dapat melihat lubang-lubang neraka yang dalam dan amat mengerikan. Tiba-tiba, saya terlihat ibu saya berada di dalam lubang neraka itu. 
Saya terkejut dan berasa terlalu sedih melihat keadaan ibu saya. Ibu saya tersiksa di dalamnya.
 Dalam masa yang sama, saya berasa hairan kerana ibu saya seorang yang kuat amal ibadatnya semasa hidup di dunia."




"Bagaimana amalan ibumu semasa di dunia?" tanya Nabi Muhammad mahu mengetahui dengan lebih mendalam.

"Ibu saya semasa di dunia adalah seorang yang taat pada perintah Tuhan, berbakti kepada suaminya dan selalu sabar menghadapi dugaan. Ayah jua tidak pernah marah kepada ibu."

"Tetapi, mengapa ibu kamu boleh berada dalam neraka?"

"Dalam mimpi itu saya bertanya kepada ibu."

"Mengapa ibu berada di dalam neraka ini?"

Lalu, ibu saya menjawab, "Inilah tempat ibu sekarang. Inilah tempat untuk orang yang kedekut semasa hidup di dunia. Hanya secarik kain dan sepotong daging sebagai bekalan ibu disini. Ibu pernah dermakan secarik kain dan sepotong daging semasa di dunia. Secarik kain dan sepoting daging inilah sekadar menjadi pelindung panas api neraka."

"Ibu, dimanakah ayah?"

"Ayah kamu berada di dalam syurga."




 "Wahai Pesuruh Tuhan, dalam mimpi itu, saya juga berpeluang menemui ayah di dalam syurga. Di dalam syurga, saya lihat ayah sedang memberi minuman dalam sebiji gelas yang sungguh cantik kepada rakan-rakannya. Gelas itu asalnya diambil daripada tangan Ali bin Abi Talib. Ali bin Abi Talib mengambil gelas itu daripada tangan Usman bin Affan. 

Kemudian, Usman bin Affan pula mengambilnya daripada tangan Umur Khatab. Umar Khatab pula mengambil  gelas itu daripada tangan Abu Bakar al-Siddiq dan seterusnya Abu Bakar al-Siddiq mengambil gelas itu daripada Tuan."

"Ayah! Mengapa ayah begitu kejam meninggalkan ibu di dalam neraka?" saya menjerit kepada ayah kerana terlalu marah.

"Bukankah ibu adalah isteri ayah? Ibu patuh pada ayah dan rajin beribadat. Mengapa ayah tidak
memberi minuman itu kepada ibu? Ayah memberi minuman itu kepada orang lain."

"Ya, betul kata kamu," ayah menyambung kata-katanya lagi, "Ibu kamu berada di tempat orang yang kedekut, ingkar dan banyak melakukan dosa semasa hidup. Ayah tidak boleh memberikan minuman ini kepada ibu. Penghuni neraka tidak boleh minum air telaga kausthar Nabi Muhammad walaupun seteguk."

"Wahai Pesuruh Tuhan, apabila saya mendengar kata-kata ayah saya itu, saya tidak berpuas hati. 
Lalu, saya mengambil gelas daripada ayah lalu menuangkan air telaga kausthar ke dalam gelas itu. 
Saya segera pergi menemui ibu dan berikan air minuman itu kepadanya.  Ibu minum. Tiba-tiba, saya terdengar suara yang sungguh menakutkan. Suara itu berkata,

"Semoga Tuhan membakar tangan kanan kamu yang memberi minuman kepada 
orang yang berdosa dan kedekut!"

"Wahai Pesuruh Tuhan, begitulah bunyi suara itu. Lalu saya tersedar daripada tidur, "
kata gadis itu menyesal.




"Kamu sengsara di dunia kerana sifat kedekut ibu kamu," kata Nabi Muhammad dengan tegas.

Nabi Muhammad mengambil tongkatnya , lalu diletakkan di atas tanga gadis itu.

Nabi berdoa, "Ya Allah Tuhan yang maha satu, demi mimpi yang diceritakan oleh gadis ini, sembuhkanlah tangannya."

Dengan sekelip mata, tangan yang kehitam-hitaman tadi kembali pulih seperti sedia kala. Sakit yang ditanggung turut hilang. Gadis itu kembali pulih dan insaf di atas apa yang terjadi.

Imam Muslim dan abu Daud merekodkan pesanan Nabi Muhammad yang bermaksud, "Waspadalah dengan sifat kedekut! Sifat kedekut itu membinasakan umat-umat manusia terdahulu sebelum kamu. Sifat kedekut inilah menyebabkan terjadinya pertumpahan darah dan menghalalkan barang yang haram oleh Tuhan."....



P/s: marilah kita sama-sama refresh diri kita balik sama ada kita ni haji bakhil atau x! ;)

Wassalam! >.< ~





Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Sunday, April 22, 2012

Kenapa Malas Solat??

Salam bahagia =)

Kenapa malas solat??Ha, sesungguhnya solat itu tiang agama. Kalau tak solat samalah macam kita runtuhkan agama kita sendiri. Kepada abang2, kakak2, pakcik2, makcik2 dan adk2 semua marilah kita sama2 mengangkat kembali martabat agama kita. Tak susah pun, mulakan lah dengan melengkapkan solat 5 waktu (^^,). 

Kalau dah hilang rasa malu tak solat dgn Allah, sekurang-kurangnya malulah dengan mereka-mereka yang tak sempurna ini...



1. Hamba Allah tanpa kaki, siap jadi imam lagi..(SUBHANALLAH!)



2. Hamba Allah tanpa tangan..



3. Hamba Allah berkaki kudung...


Bukan susah pun nak solat...ni adik comel ni akan tunjukkan...^^,..


Senang je kan? Kalau rajin, perbanyakkan wirid, zikir dan doa selepas solat..baru ade kelassssss gitu!! ;)
Kalau malas solat jugak, boleh la join persatuan abang hensem kita ni! XD




Haha. Ok selamat menunaikan solat!


Wassalam! >.<~




Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Friday, April 20, 2012

Manusia Hipokrit!

Salam sejahtera =)

Hai, seperti yang anda semua sedia maklum, bermacam-macam sifat manusia yg ada kt dunia  ni. Tak yah cakap dunia, cukup la kalau perhatikan kat Malaysia ni je. Ada yang bersifat pemaaf, pemalu, periang, pendiam, pendendam, penipu, hipokrit, jujur, amanah, takbur, sombong, bongkak, riak dan macam-macam lagi lah!




Sekarang aku cuma nak ambik beberapa sifat burok antaranya hipokrit dan penipu. Daripada apa yang aku faham la kan, hipokrit dan penipu ni tak banyak bezanya. Hipokrit ni adalah seseorang yang dikatakan suka berpura-pura baik depan orang lain. Dalam erti kata lain baik sampai pijak semut pun tak mati konon2! Mereka2 yang hipokrit ni sebenarnya juga adalah penipu besar kerana tidak menjelma sabagai diri mereka sendiri! 




Hah, mesti korang selalu jumpa orang2 camni kan? Susah sangat nak jumpa orang yg betul2 jujur sekarang ni. Aku pun kekadang hipokrit jugak. Aku hipokrit bila mak aku wat spotcheck bilik tengah malam. Tengah sedap melayan cite korea, dengar pulak bunyi tapak kaki kat luar bilik. Terus tutup laptop dan buat-buat tido lena siap dengan sound effect sekali. Ha, tu dikira hipokrit la jugak. Tapi hipokrit camni tidak akan menimbulkan perasaan dendam atau marah.

Bagi sesetengah orang, manusia yang hipokrit ni tidak ada masalah pada mereka. Tapi macam mana pulak bagi sesetengah manusia yang ada sifat marah dan dendam apabila diperlaku sebegitu rupa olah orang-orang yang hipokrit?? Mesti kes-kes sebegini akan berlaku....
checkidaud!


1. Kes pukul-memukul (ala2 memukul lalat dirumah)



2. Kes tikam (bukan kuih lompat tikam ye)



3. Kes gangster (lebih kurang pukul-memukul jugak tapi yang ini lebih ganas ala2 KL gangster)



4. Kes menembak (Leo in the matrix wannabe)



5. Kes bom (mcm new police story tp ni lagi dasyat atas bantuan TNB)


Terkadang terasa jugak nak buat camni dekat manusia-manusia hipokrit. Tapi Alhamdulillah, sesungguhnya Allah menjadikan manusia makhluk ciptaannya yang paling indah dengan mengurniakan AKAL yang sihat dan berfikiran waras!






Cara yang terbaik bagi mengatasi manusia yang hipokrit ni adalah dengan berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk, memaafkan, saling nasihat menasihati, bimbing mereka ke jalan yang benar dan yang paling penting, JANGAN BIARKAN DIRI MEREKA DISELUBUNGI.....HIPOKRIT! (^_*) hehe



Berdoalah.......


Wassalam (>.<)~










Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^