Wednesday, June 15, 2011

SATU PENAMPAR. DUSHH!!

Ada seorang pemuda yang kembali ke tanah air setelah menamatkan 
pengajiannya di luar negara. 
Apabila sampai dirumah dia berhajat kepada seorang yang pandai bab 
agama untuk diajak bersoal jawab.
 Lalu dia meminta ayahnya untuk mencari seorang guru agama atau sesiapa sahaja yang 
dapat menjawab persoalan yang diajukan nanti. 
Akhirnya, guru yang dihajatinya itu ditemui dan mereka pun berdialog dan guru tersebut diajukan beberapa soalan.......





Pemuda: Awak siapa? Adakah awak dapat manjawab semua pertanyaan saya?

Ustaz: Saya hamba Allah. InsyaAllah, dengan iziNya saya cuba menjawab soalan saudara.

Pemuda: Awak yakin? Sedangkan professor dan ramai bijak pandai pun tidak mampu menjawab persoalan saya ini.

Ustaz: Saya akan cuba setakat yang saya mampu.

Pemuda: Baiklah, saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau memang tuhan ada, tunjukkan kewujudanNya kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan takdir. Ketiga, kalau syaitan dijadikan dari api, kenapa ia dimasukkan ke dalam neraka yang diperbuat dari api dan sudah tentu tidak menyakitkannye kerana diperbuat dari unsur yang sama. Apakah tuhan tidak berfikir sejauh mungkin??


neraka dan syaitan diperbuat daripada api..


Selesai sahaja pemuda tersebut mengemukakan soalan, Ustaz tersebut pun menampar pipi si pemuda dengan kuat.



dush!!!


Pemuda: Kenapa awak menampar saya!?? Adakah awak marah dengan soalan saya??

Ustaz: Saya tidak marah, tapi penampar tersebut adalah jawapan kepada ketiga-tiga soalan saudara.

Pemuda: Saya tidak faham maksud awak.

Ustaz: Bagaimana rasa tamparan saya tadi?

Pemuda: Sakitlah!

Ustaz: Jadi kamu percaya wujudnya sakit itu? Cuba kamu tunjukkan pada saya kewujudan sakit.

Pemuda: Macam mana nak tunjuk.

Ustaz: Itulah jawapan unruk persoalan yang pertama. Kita semua rasa adanya sakit tapi tidak mampu melihatnya. Begitulah dengan adanya Allah. Baiklah, apakah saudara terfikir saudara akan menerima satu tamparan?

Pemuda: Tidak.

Ustaz: Itulah dinamakan takdir. Saudara tahu tak tangan saya yang menampar dan pipi saudara yang ditampar diperbuat daripada apa?

Pemuda: Kulit.

Ustaz: Tepat sekali. Tamparan tadi membuatkan pipi saudara berasa sakit. Tapi kedua-duanya diperbuat dari unsur yang sama. Saudara faham apa yang saya maksudkan.


Kemudian Ustaz tadi pun menghulurkan tangan atas apa yang dilakukannya sambil mengucapkan salam dan meminta izin untuk beredar. 
Pemuda tadi amat menyesali kejahilannya. Bari dia sedar walaupun dia belajar di luar negara, namun ilmu agamanya terlalu cetek. 
Sejak hari itu, dia mananam azam untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mandalam....

=)


Pakcik jah: bersamalah kite amik pengajaran dari cite ni ye mak jah..
Makcik jah: yela pak jah...

Miss: Renung2 kan, dan selamat beramal...=D







Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

0 komen budak baik: