Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Selamat petang :)

ahlan wasahlan ya ramadhan..akhirnya muncul kembali bulan ramadhan yg ditunggu-tnggu umat islam setiap tahun. Rasaya mcm baru je hbis puasa yg taun lpas kn?tup2 dh puasa balik..cepat masa berputar..

Apa pun cik B-Lah disini ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua umat  Islam ;)


Semoga taun ini dapat dipenuhkan terawih memandangkan taun lepas asyik ponteng je (*warning tok diri sendiri jgk..keke). Semoga puasa kali ini jugak dpt lah kita sama-sama menanam sifat sabar n menahan diri kita dari segala godaan..dan semoga puasa kali ini kita xlah dapat "lapar n dahaga" sahaje..amin~


Kepada sesiapa yg perut dah berkeroncong kasih sayang sume, harap2 bersabarlah ye, bape jam je lg nk berbuka ni..sabar ya~hehe


Wassalam! >.<~



Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Monday, June 18, 2012

Jalan2!-part 1

Salam ceria :)

Arini tetiba je rasa rajin nk update blog, sbb fb bosan!huhu :(
Weekand baru2 ni, aku n family telah melarikan diri dr rumah n menumpang di rumah abang aku
di Besut, Terengganu..hehe..
Kebiasaannya setiap kali weekand abg aku balik rumah family aku, tetapi kebetulan 
dia ade keje, so kitaorang la yg g balik rumah die..(eh,betul ke ayat aku ni??janji faham kn..hehe)

Dah alang-alang duk umah die yg bosan tu + abg g keje = aku ngan family melopong xtau mau bikin apa.
So kitaorang plan g jalan2 kt Kota Bharu, Klate :)


Gerak pkul 11 lebih, jadi bila smpai dekat2 pukul 1.
Maka encik kaum adam wajiblah ke masjid utk solat jumaat! Aku n mama ditinggalkan di KB Mall
bersama si budak Rayyan yg buasnya nauzubillah..hehe

Aku tak dapat merayau sangat sbb nk kene jaga Rayyan dlm troli. So tolak jela troli tu ke hujung dunia bersama Rayyan..heee..
Habis duit aku Rayyan kejekan. Popcorn, lollipop, coolblog..haish budak zaman skrg..
nak bg die senyap punya pasal aku beli la jugak.....




Ngamuk2 dalam troli bila sebut 1, 2, 3..terus posing x hengat..
Dekat KB Mall x sempat nk beli pape, cuma sempat belikan t-shirt tok abah je.
Pastu trus kuar menuju ke Tesco plak...

To be continue....hehe







Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Sunday, June 17, 2012

Jom hapuskan dosa!

Antara amalan-amalan yg menghapuskan dosa dan mendapat keampunan.
Mari kita sama-sama mulakan dari bawah, sedikit demi sedikit ;)

1. Mengelokkan wuduk.
2. Mengerjakan solat Tasbih.
3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah.


4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.
5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.
6. Berzikir selepas solat.


7. Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk.
8. Berzikir kepada Allah s.w.t. secara bersendirian atau berkumpulan.
9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
10. Mengerjakan solat secara berjemaah.


11. Solat di saf hadapan.
12. Mandi sunat sebelum menunaikan solat Jumaat.
13. Membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t.




Wassalam! >.<~


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Sunday, June 10, 2012

21 Ciri Lelaki Layak dijadikan Suami ~


Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba Ta' sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.




6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”




10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD, pandai hormat dan ambik hati mak ayah kita.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.




15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.




Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?
Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.


"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, 
perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat"

-Sesungguhnya janji Allah itu pasti :)

Wassalam! >.<~



Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Friday, June 8, 2012

Otak Mayat 20tahun dalam kubur masih elok!

Allahuakbar!!



Allah Maha Besar.  Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga disini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.
Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Subhanallah :')

Sumber: Harian Metro Online ^^


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Friday, June 1, 2012

Kucing retak!

Selamat malam :)

Akhirnya ade jgk masa  nk berblog..hoho
Mlm ni aku nk cite pasal kucing aku..bukan die yg retak, tp kaki die je retak..aduyai..
Cmne boleh retak plak?wallahua'lam

Ni dialog aku dgn kucing tersebut..

Aku: Snowy knp jalan jongkit2?Sakit kaki ke??
Snowy: ............ (smbil memandang sepi..)
Aku: Aish, bongoknye mcm la die boleh jwb.
Aku: Abis tu boleh jln ke tak ni??
Snowy: ............(sekali lagi memandang sepi..)
Adik: haha..mmg bongok!

Sejak mlm tu si snowy dilayan bagai puteri! Nak ke dapur aku dukung, makan minum dihidang 
depan hidung, tido dlm bakul dlm bilik ekong!haha
Mmg hepi je muka die dpt layanan 1st class.


Si coklat tulah snowy yg x brp nk snowy sgt. Yang putih tu mami die yg grang2 gedik gitu.
Keesokkannya snowy pn dibawa ke jabatan vaterina utk disoal siasat!


Nasib baik la xde pape yg teruk, cume tulang kecik kt kaki die je yg retak. Doktor kata
nanti akan baik sendiri. Snowy pn dicucuk ubat tahan sakit dan kene makan ubat 
tiap2 hari! Huh, mengalahkn manusia je gaya. Smpai skrg tak tau cmne bleh tiba2 retak, doktor tny pn die tak nak jwb!


Azab la jgk nk menyumbat ubat dlm mulut snowy ni. Bau cm ubat gigi, kalo bau ikan
kan sng, tak payah paksa mesti die gesel-gesel mintak nk mkn ubat.hehe :D

Okeylah, smoga snowy cepat2 sembuh ye!! :)


Wassalam! >.<~



Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Saturday, May 26, 2012

Last Minute!

Selamat tengahari :)


apa yang last minute nye?? Nengok la gmbar ni, akibat last minute beli hadiah tok akak 
jiran yang kawen arini..kad pun terlupa nk beli..hehe
so bedal jela pape yang ade kat umah buat kad ucapan!

so kepada akak jiran, smoga berbahagia hingga ke akhir hayat,
dan harap sudi la terima hadiah tak seberapa daripada kami sekeluarga!

p/s: jgn wat keje last minute!



wassalam! >.<~


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Monday, May 14, 2012

Wanita vs Warna


Salam tengahari :)

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah krn masih diberi kesempatan utk hidup di dunia ini!

Wanita vs warna??Jgn ingat wanita tu nak bertumbuk dgn warna pulak!Oh tidak, kali ini aku nak 
kongsi pasal personaliti atau sifat seseorang wanita melalui warna yg mereka minat. 
Sebahagiannya betul dan ada yg tak betul sbb sifat seseorang tu kita tak boleh nilai melalui warna sahaje,
 tetapi melalui hati ;)
Lets chekidaut!



Putih

~Mempunyai perangai elok dan tulus.
~Tidak banyak prasangka.
~Berkata benar, jujur dan rendah diri.
~Ramah dan sopan-santun.
~'Open minded' cepat berubah mengikut keadaan.
~Suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.


Kuning

~Amat menyukai ilmu.
~Gemar membaca.
~Tekun dan cerdas.
~Tabah menghadapi cabaran.
~Lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada membuat keputusan sendiri.
~Teguh pendirian dan mudah berdolak-dalih.


Oren/Jingga

~Seorang yang tahan lasak.
~Garang dan berhati kering.
~Mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
~Sukakan wang dan agak kebendaan.
~Suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
~Suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang amat menyakitkan.


Merah
~Berani.
~Emosional dan tegas.
~Sanggup hidup susah daripada berusaha.
~Tamak dan gelojoh.
~Suka hidup senang-lenang.
~Mementingkan persahabatan dan tidak suka persengketaan.


Merah Jambu
~Tegas tetapi agak manja.
~Mudah tersentuh dan penyimpan perassan.
~Suka romantis dan bermadah.
~Tidak senang dengan bising dan peperangan.
~Tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
~Cepat marah tetapi mudah reda.


Ungu
~Murah hati.
~Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
~Penuh inisiatif.
~Pandai tetapi emosi.
~Dingin dan kehendaknya meluap-luap.
~Suka menggunakan orang lain untuk berjaya.


Biru

~Setia pada pasangan.
~Senang untuk pegang wang.
~Mahu kemahuannya dituruti.
~Berterus terang dan jujur.
~Cepat beri kemaafan tetapi tegas.
~Tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.


Hijau

~Seseorang yang sukakan kedamaian.
~Cintakan kebahagiaan.
~Tidak suka  peperangan dan huru-hara.
~Patuh pada agama.
~Teguh pendirian.
~Agak konservatif.


Coklat
~Memiliki sifat keibuan.
~Suka merendah diri.
~Sopan dan halus budi pekerti.
~Hati sentiasa was-was takut tersalah.
~Suka memberi kepercayaan.
~Takut untuk membuat keputusan.


Kelabu

~Suka mengelamun.
~Romantis.
~Penyabar.
~Tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
~Suka mengada-ngada dan bergosip.


Hitam

~Suka bermurung.
~Prihatin.
~Kuat menghadapi cabaran.
~Tidak mudah terpengaruh.
~Setia pada suami.
~Baik hati tetapi cepat tersinggung.


Yang mana satu warna kegemaran anda????



Wassalam! >.<~

Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Saturday, May 12, 2012

Kisah Manis Hati Anakanda...



Mata Amira sudah merah, dan ada surat di tangannya. Entah beberapa kali Amira membaca surat itu, tetapi setiap kali membacanya, pada setiap kali itu juga hati Amira umpama dirayapi semut merah yang bisa.
Amira sekali lagi membaca surat di tangannya.
Assalamualaikum,
Apa khabar anakanda di sana? Ayah doakan semoga anakanda ceria semasa membaca surat ini. Maafkan ayah kerana masih ketinggalan zaman. Perkara yang sepatutnya diberikan melalui e-mel, ayah hantarkan melalui surat. Salah ayah juga kerana tidak bertanya e-mel baru anakanda.

Ringkaslah ceritanya, ayah sudah tahu kisah anakanda daripada bonda. Kisah manis hati anakanda. Namun janganlah anakanda khuatir sehingga surat ayah ini anakanda berhenti baca, kerana ayahanda bukanlah mahu marah, bukan juga mahu mengarah-ngarah anakanda yang sudah dewasa, melainkan ayah cuma mahu bercerita kepada anakanda berkenaan apa dalam hati ayah ini.
Ayah yakin dan sangat percaya, anakanda adalah anak yang solehah, yang taat kepada agama. Namun pada usia anakanda, ayah juga tahu suatu perkara, anakanda dalam diam sedang berperang dengan perasaan di dalam dada.
Ayah khuatir betul dengan perkara yang namanya cinta. Walaupun sudah ayahanda jelaskan, dan walaupun puas bonda terangkan kepada anakanda berkenaan cinta, pasti ada ketika hati anakanda terdetik juga mahu mencuba apa rasanya cinta, dan ayah tahu sudahlah datang waktu itu kepada anakanda.


Janganlah salahkan bonda kerana memberitahu ayah, tetapi ayah jugalah yang salah kerana setiap hari ayah bertanya tentang kamu daripada bonda. Bonda kamu itu sangat taat kepada ayah, dan tidak mungkinlah dia mampu merahsiakan sesuatu pun daripada ayah.
Ingat lagi ayah, pada ketika anakanda baru empat tahun dan anakanda mahu membeli belon warna merah. Ayah belikan dan anakanda sangat gembira. Anakanda terus berlari-lari dengan belon merah di tangan sambil ketawa riang. Malangnya, belon anakanda pecah tergeser daun lalang. Anakanda menangis, dan ayah sekuat hati memujuk anakanda dan waktu itu walaupun anakanda sangat kecewa, marah dan sedih tetapi tetap juga anakanda terpujuk dengan kata-kata ayah.
Terpujuk apabila ayah mengangkat anakanda tinggi dan meletak anakanda pada bahu ayah. Anakanda gembira, dan tangisan pun mereda.


Namun kini, apa yang ayah takutkan semasa anakanda umur empat tahun, terjadi lagi. Bukan lagi belon yang pecah tetapi akankah hati anakanda yang pecah? Itulah yang ayah khuatirkan tentang anakanda, pada ketika umur anakanda sudah tidak mungkin ayah meletak anakanda pada bahu ayah, itu juga bermakna anakanda tidak mungkin lagi terpujuk.
Itulah cinta sebelum nikah, ia seperti belon merah yang anakanda inginkan semasa kecil. Ia lembut, ia menggoda dan ia nampak manis. Namun hakikatnya, ia sangat nipis, dan banyak perkara mampu membuatnya pecah pada ketika anakanda membawanya berjalan di jalan penuh lalang.
Ayah, berharap tahan-tahan dahulu perasaan kamu itu. Jangan ditunjuk kepada si lelaki sehingga anakanda terlihat murah. Sekiranya anakanda mampu menahan rasa rindu kepada bonda dan ayah di sini, apalah sangat menahan rasa suka kepada lelaki yang entah siapa.


Banyakkan ingat Allah sayang. Banyakkan menyebut namanya. Berzikirlah, bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah. Banyakkan membaca ayat-ayat-Nya. Kerana hanya kepada Dia anakanda dapat bergantung dengan sepenuh hati selepas ayah dan bonda jauh dari anakanda.
Janganlah pula anakanda menyangka ayah ini kolot orangnya sehingga tidak mahu anakanda bercinta. Tidak salah anakanda bercinta, cuma bagi setiap perkara akan ada masanya yang tepat. Seperti embun yang lembut, tidaklah ia turun ketika matahari sudah tegak di kepala, tidak juga turun pada ketika matahari condong ke barat, ia turun pada waktunya yang tepat, walaupun singkat tetapi itulah yang terindah untuknya.
Sedangkan embun di hujung daun pun punya waktu, apatah lagi cinta yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anakanda bertanya, bila waktu yang tepat untuk yang bernama cinta? Jawab ayah, pada ketika semuanya sudah bersedia.
Cinta itu anakanda, bukan sekadar hati yang bersedia menerima dan memberi tetapi, fikiran juga perlu bersedia, emosi perlu bersedia, fizikal perlu bersedia, dan paling utama, adakah pasangan anakanda itu juga sudah bersedia untuk semuanya? Bersedia menerima dan memberi? Pada ketika hanya hati yang bersedia, pada ketika itulah cinta itu umpama belon yang mudah pecah.
Pada ketika anakanda sudah tidak mampu menahan rasa hati, ingatlah anakanda ayah dan bonda di sini. Jaga air muka kami dengan menjaga air muka anaknda, jaga maruah kami dengan menjaga maruah anakanda, dan jaga akhirat kami dengan menjaga akhirat anakanda. Ingat jugalah, jodoh itu terkadang datang lebih awal daripada cinta.
Sekiranya anakanda berasa surat ayah ini sudah keterlaluan, ketahuilah, ayah memang keterlaluan dalam soal sayang dan kasih kepada anakanda. Sayang ayah dan bonda kepada anakanda, keterlaluan sepertinya matahari yang terik, bukannya seperti matahari pagi tidak juga seperti matahari senja.
Sekiranya keterlaluan sayang dan kasih itu salah untuk anakanda, maafkan ayah kerana ayah tidak mampu untuk mengurangkannya. Tidak mampu walaupun sekuman. Baik buruk anakanda, anakanda tetaplah permata dalam hati ayah. Kerana anakanda sudah memegang hati kecil ayah ini sehinggalah saat ayah mati, sedang ayah hanya mampu memegang tangan anakanda semasa anakanda masih kecil.
Akhir kata, semoga anakanda sudah mengerti sedikit hati ayah. Tidak banyak, sedikit pun itu sudah membuat ayah tersenyum. Jadi jaga diri anakanda, kerana ayah dan bonda sudah setiap waktu mendoakan kesejahteraan anakanda dengan air mata. Sekiranya tidak mungkin ayah memegang dan memimpin tangan anakanda sekarang, izinkan ayah memegang dan memimpin anakanda dalam doa ayah.
Salam sayang, Ayah.




credit to: Bahruddin Bekri [penulis novel motivasi]



Wassalam! >.<~


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Cucu Sayang Nenek

Selamat malam :)

Malam nan indah ini, aku diselubungi sendu dan pilu yang amat sangat...
Sebab aku telah ditinggalkan oleh seseorang yg amat aku sayangi...
Teganya beliau..wuuuuu.....

Oh OPAH..setelah dua bulan berada di teratak kami sekeluarga, akhirnya opah pulang jua ke kampung halaman siang tadi..nun jauh di perak sana...wuwuuuu..
Hmm..

Opah, fatin tak sanggup nak masuk bilik yang pah duduk tu..sebab bila masuk fatin terbayang-bayang pah duduk atas katil..setiap malam fatin selalu temankan pah tido, tapi malam ni fatin kene 
tido sorang-sorang......:'(

Fatin mintak maaf andainya layanan yg fatin bagi selama pah ada kat sini tak memuaskan,
tapi fatin harap pah tau yang fatin sayangkan pah sangat2..bila time makan,
pah mesti panggil semua makan sekali, sebab pah tak suka makan sorang2..:')
Bila makan ramai2, pah makan mesti menambah..like! :'D

Bila angkat pah masuk bila air ke, angkat letak atas katil ke, pah selalu cakap
"pah ni menyusahkan patin je, patin ade keje pah ngaco je.."
Alah pah ni, fatin ni kan cucu yg kuat dan rajin..haha :'D

Tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pulak rumah sendiri. Itulah yg boleh aku cakapkan apabila akhirnya 
mama dan abah terpaksa hantar opah balik sebab opah rindukan rumah die..hmmm..




Ni jela hadiah kenang-kenangan untuk opah yg sempat fatin sediakan andai kata merindui kami disini. :')
Semoga pah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...amin~










Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Thursday, May 3, 2012

Masihkah kau ingat??

Selamat pagi! :)

Hari ni aku nak mengenang balik zaman era 90-an dulu2. Kalau korang sebaya aku dikira zaman sekolah rendah, yang mana hingus hijau meleleh pun masih tak sedar haha(euwww). Dah nama pun budak skola rendah, kompom-kompom segala jenis gula-gula korang dah rasa kan?
Ha, ingat tak lagi gula-gula red prawn ni??





Mesti ingat kan? Dulu aku x panggil red prawn sbb tak tau, so aku panggil
"cokelat yang ada plastik boleh makan tu". Wahh, makin panjang pulak namanye. Sebab ada satu lapisan plastik yang balut gula-gula tu boleh dimakan. Tapi sekarang dah susah nak jumpa :(

Nak diceritakan bahawa gula-gula red prawn ni sudah berubah wajah!
Ten tereng!!!!!!!!!!!!!!







Paket cenggini lebih selamat dari makhluk-makhluk perosak seperti semut, lipas dan Rayyan.hehe.
Still sedap cam dulu, cuma makin manis. Yang sedih plastik yang boleh makan tu dah takde..huk huk  :(
Pastu plak ade dua pillihan, pendek dan panjang. Ni pun dapat dari goodies bag kenduri. Nak tanya tuan rumah tu beli kat mana segan plak.huhu. So sesape yang tahu mana nak cari gula-gula ni nanti helo-helo la ye 
^^, pasti aku borong!



Wassalam! >.<~




Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Friday, April 27, 2012

Allah dimana-mana

Allah s.w.t berada dimana-mana saja. Jadi kepada korang-korang yang rasa "forever alone" itu, jangan la risau..
Let's checkidaut..........!!!

*
*
*
*
*

1. Kalimah Allah pada haiwan. 

ikan



 kijing (spesis kupang)

daging lembu



perut lembu

kucing


kambing

katak

burung

ayam

pasir semut


2. Kalimah Allah pada tumbuhan

pokok




buah-buahan






3. Kalimah Allah pada manusia




4. Kalimah Allah pada langit




5. Kalimah Allah pada ais



Subhanallah, Maha suci Allah...Allah itu maha kuasa dan mampu menunjukkan kuasanya dimana-mana sahaja dan sentiasa bersama kita semua. ;)
So, say no to forever alone !!! hohoho



Wassalam! >.<~
















Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^