Monday, May 14, 2012

Wanita vs Warna


Salam tengahari :)

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah krn masih diberi kesempatan utk hidup di dunia ini!

Wanita vs warna??Jgn ingat wanita tu nak bertumbuk dgn warna pulak!Oh tidak, kali ini aku nak 
kongsi pasal personaliti atau sifat seseorang wanita melalui warna yg mereka minat. 
Sebahagiannya betul dan ada yg tak betul sbb sifat seseorang tu kita tak boleh nilai melalui warna sahaje,
 tetapi melalui hati ;)
Lets chekidaut!



Putih

~Mempunyai perangai elok dan tulus.
~Tidak banyak prasangka.
~Berkata benar, jujur dan rendah diri.
~Ramah dan sopan-santun.
~'Open minded' cepat berubah mengikut keadaan.
~Suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.


Kuning

~Amat menyukai ilmu.
~Gemar membaca.
~Tekun dan cerdas.
~Tabah menghadapi cabaran.
~Lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada membuat keputusan sendiri.
~Teguh pendirian dan mudah berdolak-dalih.


Oren/Jingga

~Seorang yang tahan lasak.
~Garang dan berhati kering.
~Mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
~Sukakan wang dan agak kebendaan.
~Suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
~Suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang amat menyakitkan.


Merah
~Berani.
~Emosional dan tegas.
~Sanggup hidup susah daripada berusaha.
~Tamak dan gelojoh.
~Suka hidup senang-lenang.
~Mementingkan persahabatan dan tidak suka persengketaan.


Merah Jambu
~Tegas tetapi agak manja.
~Mudah tersentuh dan penyimpan perassan.
~Suka romantis dan bermadah.
~Tidak senang dengan bising dan peperangan.
~Tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
~Cepat marah tetapi mudah reda.


Ungu
~Murah hati.
~Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
~Penuh inisiatif.
~Pandai tetapi emosi.
~Dingin dan kehendaknya meluap-luap.
~Suka menggunakan orang lain untuk berjaya.


Biru

~Setia pada pasangan.
~Senang untuk pegang wang.
~Mahu kemahuannya dituruti.
~Berterus terang dan jujur.
~Cepat beri kemaafan tetapi tegas.
~Tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.


Hijau

~Seseorang yang sukakan kedamaian.
~Cintakan kebahagiaan.
~Tidak suka  peperangan dan huru-hara.
~Patuh pada agama.
~Teguh pendirian.
~Agak konservatif.


Coklat
~Memiliki sifat keibuan.
~Suka merendah diri.
~Sopan dan halus budi pekerti.
~Hati sentiasa was-was takut tersalah.
~Suka memberi kepercayaan.
~Takut untuk membuat keputusan.


Kelabu

~Suka mengelamun.
~Romantis.
~Penyabar.
~Tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
~Suka mengada-ngada dan bergosip.


Hitam

~Suka bermurung.
~Prihatin.
~Kuat menghadapi cabaran.
~Tidak mudah terpengaruh.
~Setia pada suami.
~Baik hati tetapi cepat tersinggung.


Yang mana satu warna kegemaran anda????



Wassalam! >.<~

Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

0 komen budak baik: