Saturday, May 26, 2012

Last Minute!

Selamat tengahari :)


apa yang last minute nye?? Nengok la gmbar ni, akibat last minute beli hadiah tok akak 
jiran yang kawen arini..kad pun terlupa nk beli..hehe
so bedal jela pape yang ade kat umah buat kad ucapan!

so kepada akak jiran, smoga berbahagia hingga ke akhir hayat,
dan harap sudi la terima hadiah tak seberapa daripada kami sekeluarga!

p/s: jgn wat keje last minute!



wassalam! >.<~


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Monday, May 14, 2012

Wanita vs Warna


Salam tengahari :)

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah krn masih diberi kesempatan utk hidup di dunia ini!

Wanita vs warna??Jgn ingat wanita tu nak bertumbuk dgn warna pulak!Oh tidak, kali ini aku nak 
kongsi pasal personaliti atau sifat seseorang wanita melalui warna yg mereka minat. 
Sebahagiannya betul dan ada yg tak betul sbb sifat seseorang tu kita tak boleh nilai melalui warna sahaje,
 tetapi melalui hati ;)
Lets chekidaut!



Putih

~Mempunyai perangai elok dan tulus.
~Tidak banyak prasangka.
~Berkata benar, jujur dan rendah diri.
~Ramah dan sopan-santun.
~'Open minded' cepat berubah mengikut keadaan.
~Suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.


Kuning

~Amat menyukai ilmu.
~Gemar membaca.
~Tekun dan cerdas.
~Tabah menghadapi cabaran.
~Lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada membuat keputusan sendiri.
~Teguh pendirian dan mudah berdolak-dalih.


Oren/Jingga

~Seorang yang tahan lasak.
~Garang dan berhati kering.
~Mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
~Sukakan wang dan agak kebendaan.
~Suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
~Suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang amat menyakitkan.


Merah
~Berani.
~Emosional dan tegas.
~Sanggup hidup susah daripada berusaha.
~Tamak dan gelojoh.
~Suka hidup senang-lenang.
~Mementingkan persahabatan dan tidak suka persengketaan.


Merah Jambu
~Tegas tetapi agak manja.
~Mudah tersentuh dan penyimpan perassan.
~Suka romantis dan bermadah.
~Tidak senang dengan bising dan peperangan.
~Tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
~Cepat marah tetapi mudah reda.


Ungu
~Murah hati.
~Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
~Penuh inisiatif.
~Pandai tetapi emosi.
~Dingin dan kehendaknya meluap-luap.
~Suka menggunakan orang lain untuk berjaya.


Biru

~Setia pada pasangan.
~Senang untuk pegang wang.
~Mahu kemahuannya dituruti.
~Berterus terang dan jujur.
~Cepat beri kemaafan tetapi tegas.
~Tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.


Hijau

~Seseorang yang sukakan kedamaian.
~Cintakan kebahagiaan.
~Tidak suka  peperangan dan huru-hara.
~Patuh pada agama.
~Teguh pendirian.
~Agak konservatif.


Coklat
~Memiliki sifat keibuan.
~Suka merendah diri.
~Sopan dan halus budi pekerti.
~Hati sentiasa was-was takut tersalah.
~Suka memberi kepercayaan.
~Takut untuk membuat keputusan.


Kelabu

~Suka mengelamun.
~Romantis.
~Penyabar.
~Tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
~Suka mengada-ngada dan bergosip.


Hitam

~Suka bermurung.
~Prihatin.
~Kuat menghadapi cabaran.
~Tidak mudah terpengaruh.
~Setia pada suami.
~Baik hati tetapi cepat tersinggung.


Yang mana satu warna kegemaran anda????



Wassalam! >.<~

Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Saturday, May 12, 2012

Kisah Manis Hati Anakanda...



Mata Amira sudah merah, dan ada surat di tangannya. Entah beberapa kali Amira membaca surat itu, tetapi setiap kali membacanya, pada setiap kali itu juga hati Amira umpama dirayapi semut merah yang bisa.
Amira sekali lagi membaca surat di tangannya.
Assalamualaikum,
Apa khabar anakanda di sana? Ayah doakan semoga anakanda ceria semasa membaca surat ini. Maafkan ayah kerana masih ketinggalan zaman. Perkara yang sepatutnya diberikan melalui e-mel, ayah hantarkan melalui surat. Salah ayah juga kerana tidak bertanya e-mel baru anakanda.

Ringkaslah ceritanya, ayah sudah tahu kisah anakanda daripada bonda. Kisah manis hati anakanda. Namun janganlah anakanda khuatir sehingga surat ayah ini anakanda berhenti baca, kerana ayahanda bukanlah mahu marah, bukan juga mahu mengarah-ngarah anakanda yang sudah dewasa, melainkan ayah cuma mahu bercerita kepada anakanda berkenaan apa dalam hati ayah ini.
Ayah yakin dan sangat percaya, anakanda adalah anak yang solehah, yang taat kepada agama. Namun pada usia anakanda, ayah juga tahu suatu perkara, anakanda dalam diam sedang berperang dengan perasaan di dalam dada.
Ayah khuatir betul dengan perkara yang namanya cinta. Walaupun sudah ayahanda jelaskan, dan walaupun puas bonda terangkan kepada anakanda berkenaan cinta, pasti ada ketika hati anakanda terdetik juga mahu mencuba apa rasanya cinta, dan ayah tahu sudahlah datang waktu itu kepada anakanda.


Janganlah salahkan bonda kerana memberitahu ayah, tetapi ayah jugalah yang salah kerana setiap hari ayah bertanya tentang kamu daripada bonda. Bonda kamu itu sangat taat kepada ayah, dan tidak mungkinlah dia mampu merahsiakan sesuatu pun daripada ayah.
Ingat lagi ayah, pada ketika anakanda baru empat tahun dan anakanda mahu membeli belon warna merah. Ayah belikan dan anakanda sangat gembira. Anakanda terus berlari-lari dengan belon merah di tangan sambil ketawa riang. Malangnya, belon anakanda pecah tergeser daun lalang. Anakanda menangis, dan ayah sekuat hati memujuk anakanda dan waktu itu walaupun anakanda sangat kecewa, marah dan sedih tetapi tetap juga anakanda terpujuk dengan kata-kata ayah.
Terpujuk apabila ayah mengangkat anakanda tinggi dan meletak anakanda pada bahu ayah. Anakanda gembira, dan tangisan pun mereda.


Namun kini, apa yang ayah takutkan semasa anakanda umur empat tahun, terjadi lagi. Bukan lagi belon yang pecah tetapi akankah hati anakanda yang pecah? Itulah yang ayah khuatirkan tentang anakanda, pada ketika umur anakanda sudah tidak mungkin ayah meletak anakanda pada bahu ayah, itu juga bermakna anakanda tidak mungkin lagi terpujuk.
Itulah cinta sebelum nikah, ia seperti belon merah yang anakanda inginkan semasa kecil. Ia lembut, ia menggoda dan ia nampak manis. Namun hakikatnya, ia sangat nipis, dan banyak perkara mampu membuatnya pecah pada ketika anakanda membawanya berjalan di jalan penuh lalang.
Ayah, berharap tahan-tahan dahulu perasaan kamu itu. Jangan ditunjuk kepada si lelaki sehingga anakanda terlihat murah. Sekiranya anakanda mampu menahan rasa rindu kepada bonda dan ayah di sini, apalah sangat menahan rasa suka kepada lelaki yang entah siapa.


Banyakkan ingat Allah sayang. Banyakkan menyebut namanya. Berzikirlah, bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah. Banyakkan membaca ayat-ayat-Nya. Kerana hanya kepada Dia anakanda dapat bergantung dengan sepenuh hati selepas ayah dan bonda jauh dari anakanda.
Janganlah pula anakanda menyangka ayah ini kolot orangnya sehingga tidak mahu anakanda bercinta. Tidak salah anakanda bercinta, cuma bagi setiap perkara akan ada masanya yang tepat. Seperti embun yang lembut, tidaklah ia turun ketika matahari sudah tegak di kepala, tidak juga turun pada ketika matahari condong ke barat, ia turun pada waktunya yang tepat, walaupun singkat tetapi itulah yang terindah untuknya.
Sedangkan embun di hujung daun pun punya waktu, apatah lagi cinta yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anakanda bertanya, bila waktu yang tepat untuk yang bernama cinta? Jawab ayah, pada ketika semuanya sudah bersedia.
Cinta itu anakanda, bukan sekadar hati yang bersedia menerima dan memberi tetapi, fikiran juga perlu bersedia, emosi perlu bersedia, fizikal perlu bersedia, dan paling utama, adakah pasangan anakanda itu juga sudah bersedia untuk semuanya? Bersedia menerima dan memberi? Pada ketika hanya hati yang bersedia, pada ketika itulah cinta itu umpama belon yang mudah pecah.
Pada ketika anakanda sudah tidak mampu menahan rasa hati, ingatlah anakanda ayah dan bonda di sini. Jaga air muka kami dengan menjaga air muka anaknda, jaga maruah kami dengan menjaga maruah anakanda, dan jaga akhirat kami dengan menjaga akhirat anakanda. Ingat jugalah, jodoh itu terkadang datang lebih awal daripada cinta.
Sekiranya anakanda berasa surat ayah ini sudah keterlaluan, ketahuilah, ayah memang keterlaluan dalam soal sayang dan kasih kepada anakanda. Sayang ayah dan bonda kepada anakanda, keterlaluan sepertinya matahari yang terik, bukannya seperti matahari pagi tidak juga seperti matahari senja.
Sekiranya keterlaluan sayang dan kasih itu salah untuk anakanda, maafkan ayah kerana ayah tidak mampu untuk mengurangkannya. Tidak mampu walaupun sekuman. Baik buruk anakanda, anakanda tetaplah permata dalam hati ayah. Kerana anakanda sudah memegang hati kecil ayah ini sehinggalah saat ayah mati, sedang ayah hanya mampu memegang tangan anakanda semasa anakanda masih kecil.
Akhir kata, semoga anakanda sudah mengerti sedikit hati ayah. Tidak banyak, sedikit pun itu sudah membuat ayah tersenyum. Jadi jaga diri anakanda, kerana ayah dan bonda sudah setiap waktu mendoakan kesejahteraan anakanda dengan air mata. Sekiranya tidak mungkin ayah memegang dan memimpin tangan anakanda sekarang, izinkan ayah memegang dan memimpin anakanda dalam doa ayah.
Salam sayang, Ayah.




credit to: Bahruddin Bekri [penulis novel motivasi]



Wassalam! >.<~


Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Cucu Sayang Nenek

Selamat malam :)

Malam nan indah ini, aku diselubungi sendu dan pilu yang amat sangat...
Sebab aku telah ditinggalkan oleh seseorang yg amat aku sayangi...
Teganya beliau..wuuuuu.....

Oh OPAH..setelah dua bulan berada di teratak kami sekeluarga, akhirnya opah pulang jua ke kampung halaman siang tadi..nun jauh di perak sana...wuwuuuu..
Hmm..

Opah, fatin tak sanggup nak masuk bilik yang pah duduk tu..sebab bila masuk fatin terbayang-bayang pah duduk atas katil..setiap malam fatin selalu temankan pah tido, tapi malam ni fatin kene 
tido sorang-sorang......:'(

Fatin mintak maaf andainya layanan yg fatin bagi selama pah ada kat sini tak memuaskan,
tapi fatin harap pah tau yang fatin sayangkan pah sangat2..bila time makan,
pah mesti panggil semua makan sekali, sebab pah tak suka makan sorang2..:')
Bila makan ramai2, pah makan mesti menambah..like! :'D

Bila angkat pah masuk bila air ke, angkat letak atas katil ke, pah selalu cakap
"pah ni menyusahkan patin je, patin ade keje pah ngaco je.."
Alah pah ni, fatin ni kan cucu yg kuat dan rajin..haha :'D

Tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pulak rumah sendiri. Itulah yg boleh aku cakapkan apabila akhirnya 
mama dan abah terpaksa hantar opah balik sebab opah rindukan rumah die..hmmm..




Ni jela hadiah kenang-kenangan untuk opah yg sempat fatin sediakan andai kata merindui kami disini. :')
Semoga pah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...amin~










Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

Thursday, May 3, 2012

Masihkah kau ingat??

Selamat pagi! :)

Hari ni aku nak mengenang balik zaman era 90-an dulu2. Kalau korang sebaya aku dikira zaman sekolah rendah, yang mana hingus hijau meleleh pun masih tak sedar haha(euwww). Dah nama pun budak skola rendah, kompom-kompom segala jenis gula-gula korang dah rasa kan?
Ha, ingat tak lagi gula-gula red prawn ni??





Mesti ingat kan? Dulu aku x panggil red prawn sbb tak tau, so aku panggil
"cokelat yang ada plastik boleh makan tu". Wahh, makin panjang pulak namanye. Sebab ada satu lapisan plastik yang balut gula-gula tu boleh dimakan. Tapi sekarang dah susah nak jumpa :(

Nak diceritakan bahawa gula-gula red prawn ni sudah berubah wajah!
Ten tereng!!!!!!!!!!!!!!







Paket cenggini lebih selamat dari makhluk-makhluk perosak seperti semut, lipas dan Rayyan.hehe.
Still sedap cam dulu, cuma makin manis. Yang sedih plastik yang boleh makan tu dah takde..huk huk  :(
Pastu plak ade dua pillihan, pendek dan panjang. Ni pun dapat dari goodies bag kenduri. Nak tanya tuan rumah tu beli kat mana segan plak.huhu. So sesape yang tahu mana nak cari gula-gula ni nanti helo-helo la ye 
^^, pasti aku borong!



Wassalam! >.<~




Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^