Friday, April 20, 2012

Manusia Hipokrit!

Salam sejahtera =)

Hai, seperti yang anda semua sedia maklum, bermacam-macam sifat manusia yg ada kt dunia  ni. Tak yah cakap dunia, cukup la kalau perhatikan kat Malaysia ni je. Ada yang bersifat pemaaf, pemalu, periang, pendiam, pendendam, penipu, hipokrit, jujur, amanah, takbur, sombong, bongkak, riak dan macam-macam lagi lah!




Sekarang aku cuma nak ambik beberapa sifat burok antaranya hipokrit dan penipu. Daripada apa yang aku faham la kan, hipokrit dan penipu ni tak banyak bezanya. Hipokrit ni adalah seseorang yang dikatakan suka berpura-pura baik depan orang lain. Dalam erti kata lain baik sampai pijak semut pun tak mati konon2! Mereka2 yang hipokrit ni sebenarnya juga adalah penipu besar kerana tidak menjelma sabagai diri mereka sendiri! 




Hah, mesti korang selalu jumpa orang2 camni kan? Susah sangat nak jumpa orang yg betul2 jujur sekarang ni. Aku pun kekadang hipokrit jugak. Aku hipokrit bila mak aku wat spotcheck bilik tengah malam. Tengah sedap melayan cite korea, dengar pulak bunyi tapak kaki kat luar bilik. Terus tutup laptop dan buat-buat tido lena siap dengan sound effect sekali. Ha, tu dikira hipokrit la jugak. Tapi hipokrit camni tidak akan menimbulkan perasaan dendam atau marah.

Bagi sesetengah orang, manusia yang hipokrit ni tidak ada masalah pada mereka. Tapi macam mana pulak bagi sesetengah manusia yang ada sifat marah dan dendam apabila diperlaku sebegitu rupa olah orang-orang yang hipokrit?? Mesti kes-kes sebegini akan berlaku....
checkidaud!


1. Kes pukul-memukul (ala2 memukul lalat dirumah)



2. Kes tikam (bukan kuih lompat tikam ye)



3. Kes gangster (lebih kurang pukul-memukul jugak tapi yang ini lebih ganas ala2 KL gangster)



4. Kes menembak (Leo in the matrix wannabe)



5. Kes bom (mcm new police story tp ni lagi dasyat atas bantuan TNB)


Terkadang terasa jugak nak buat camni dekat manusia-manusia hipokrit. Tapi Alhamdulillah, sesungguhnya Allah menjadikan manusia makhluk ciptaannya yang paling indah dengan mengurniakan AKAL yang sihat dan berfikiran waras!






Cara yang terbaik bagi mengatasi manusia yang hipokrit ni adalah dengan berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk, memaafkan, saling nasihat menasihati, bimbing mereka ke jalan yang benar dan yang paling penting, JANGAN BIARKAN DIRI MEREKA DISELUBUNGI.....HIPOKRIT! (^_*) hehe



Berdoalah.......


Wassalam (>.<)~










Cintai Ilahi, Syukuri Nikmat Diberi, Redha Apa Yg Terjadi, Dapat Pahala Free !^_^

0 komen budak baik: